top of page
  • ‘Media’ dimaksudkan sebagai alat dan pertubuhan komunikasi. Ia digunakan bersama-sama dengan perkataan yang lebih sesuai seperti ‘berita’, ‘penyiaran’ dan ‘elektronik’.

  • 'Media Penyiaran’ merujuk kepada radio, televisyen dan teknologi telekomunikasi yang terkini, tetapi tidak kepada filem, video, telefon dan seumpamanya.

  • ‘Media Elektronik’ meliputi media penyiaran yang juga termasuk filem dan video.

 

Media (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar ; am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi  amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am.

 

Media dalam bahasa arab bermaksud perantara/penghantar dan media juga merujuk kepada alat untuk menyampaikan informasi kepada masyrakat. Selain itu, media juga merupakan medium komunikasi yang merujuk kepada apa-apa objek, bahan, atau tenaga yang sengaja digunakan untuk mempengaruhi dan memanipulasi. Media terdiri daripada 2 iaitu mdia cetak dan media elektron

 

  • Media elektronik merujuk kepada segala informasi atau data yang dibuat, didistribusikan dan diakses menggunakan bentuk elektronik, tenaga elektromekanis atau peralatan yang digunakan dalam komunikasi elektronik. Peralatan umum yang kita gunakan adalah telivision, radio, komputer dan sebagainya.

  • Media cetak pula merujuk kepada  sekumpulan bahan-bahan informasi yang di cetak di atas kertas, dengan maksud untuk mencapai tujuan seperti memotivasi tingkat perhatian dan perilaku seseorang, menyampaikan informasi dan pengetahuan serta memberikan instruksi. Secara umum fungsi medium cetak dapat dibagi menjadi tiga klasifikasi yaitu sebagai alat bantu belajar, bahan pelatihan, dan bahan informasi. Antara contoh media cetak ialah akhbar, majalah, buku, dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

SEJARAH MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK

MAJALAH

 

Daniel Defoe  adalah penulis dan jurnalis Inggris. Robinson Crusoe adalah buku karyanya yang pertama yang mengisahkan suatu petualangan pada tahun 1719, diilhami dari pengalaman Alexander Selkirk. Melalui buku itu Defoe menciptakan suatu genre baru dalam sastra, robinsonade. Kemudian diikuti oleh Captain Singleton (1720), Moll Elanders (1722), dan lain-lain.

Richard steele dan Joseph Addison menerbitkan  tatler untuk majalah yang pertama.

 

Tatler ditubuhkan pada tahun 1709 oleh Richard Steele, yang menggunakan nom de plume "Ishak Bickerstaff , Esquire ". Idea Steele adalah untuk menyiarkan berita dan gosip didengar di London kedai kopi , maka tajuk, dan seolah-olah , dari perenggan pembukaan , meninggalkan perkara politik kepada akhbar-akhbar , ketika membentangkan pandangan Whiggish dan membetulkan akhlak kelas pertengahan, manakala mengarahkan "ini puan-puan, sebahagian besar menjadi Persons of Zeal kuat, dan akal yang lemah ... apa yang perlu berfikir ." Untuk memastikan liputan yang lengkap gosip tempatan, wartawan telah diletakkan di setiap kedai kopi yang popular di bandar ini, atau sekurang-kurangnya itu adalah tarikh akhir : akaun adab dan adat istiadat telah datelined dari Putih ; nota sastera dari itu Will ; nota daripada antik faedah yang bertarikh dari kopi House Yunani ; dan berita barangan dari St James Coffee House.

Jurnal ini pada asalnya diterbitkan tiga kali seminggu, termasuk sumbangan daripada Jonathan Swift dan Joseph Addison . The Tatler asal telah diterbitkan untuk dua tahun sahaja , dari 12 April 1709 hingga 2 Januari 1711. Edisi dikumpul telah diterbitkan pada 1710-11, dengan tajuk The Lucubrations Ishak Bickerstaff , ESQ. [3] Dua bulan selepas edisi akhir , Steele dan Addison diasaskan bersama majalah Penonton .

 

The gentelmen magazine by Edward Cave,s (1741)

 

The Gentleman's Magazine, pertama kali diterbitkan pada tahun 1731, di London, dianggap telah menjadi majalah pertama. Edward Cave, yang mengedit The Gentleman's Magazine di bawah nama pena "Sylvanus Urban", adalah orang pertama yang menggunakan istilah "majalah", di analogi dari sebuah gudang militer dari berbagai material, yang aslinya berasal dari bahasa Arab makazin "gudang". Dan berhenti terbit pada bulan September, 1907. 

 

Akhbar

 

Akhbar yang pertama di dunia yang pernah diketahui ialah pada zaman kerajaan Rome kuno, iaitu Acta Diurna, kira-kira 59 tahun Sebelum Masihi. Ia dipahat pada besi dan batu dan dipamerkan pada umum.Akhbar pertama di Malaysia diterbitkan di Pulau Pinang pada 1 Mac 1806 dengan nama The Government Gazette. Dalam tempoh hidupnya selama 22 tahun, akhbar ini mempunyai beberapa nama tetapi ia lebih dikenali sebagai The Prince of Wales Island Gazette.

 

Akhbar ini ditubuhkan oleh seorang pencetak dan penerbit dari Madras bernama Andrew Burchett Bone yang berhijrah ke Pulau Pinang selepas pulau itu dinaikkan taraf. Beliau tiba di Pulau Pinang bersama mesin cetaknya dalam bulan Februari 1806. Bone terus memohon untuk menubuh sebuah syarikat mesin cetak dan untuk menerbit sebuah akhbar. Permohonannya diluluskan tetapi dengan syarat Bone menyerahkan proof sheet akhbar mingguannya untuk disemak oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang boleh membuang apa-apa bahan yang dianggap tidak baik.

 

Akhbar merupakan salah satu saluran untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Sejak dahulu lagi akhbar merupakan sumber untuk menyampaikan maklumat. Akhbar yang pertama digunkan ialah “The New York Sun” pada tahun 1834 dan bermulanya era “The Penny Press” iaitu akhbar-akhbar yang dijual dalam harga yang murah kepada masyarakat. Akhbar pertama ini banyak melaporkan tetang jenayah dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat di New York. Akhbar pada ketika itu amat popular kerana ia hanya boleh dibaca oleh golongan cerdik dan celik huruf di mana golongan pertengahan tidak boleh membacanya.

 

Pada tahun 1837 muncul pula akhbar baru iaitu “The New York Herald” yang diusahakan oleh James Gordon Bennet. Akhbar ini sama dengan akhbar sebelumnya yang membezakan ialah akhbar ini dikatakan sebuah akhbar yang serius. Dalam kandungan akhbar ini Bannet memecahkan setiap bentuk berita seperti kewangan atau ekonomi, lidah pengarang, berita perdana dan berita luar Negara. Pemecahan ruangan berita ini menjadi asas akhbar sekarang.

 

Di Malaysia, akhbar bermula ketika zaman penjajahan British di mana akhbar yang pertama diterbitkan dalam bahasa Inggris pada tahun 1806. (Noor Bathi Badarudin, 2002). Akhbar yang berbahasa melayu (Tulisan Jawi) muncul pada tahun 1876. Pada tahun 1824, Singapura Chronicle telah diterbitkan dan Singapura Free Press ditebitkan pada tahun 1835. Manakala Straits Times ditebitkan pada tahun 1845, Malay Mail pada tahun 1896, Straits Echo pada tahun 1903 dan Malay Tribute diterbitkan pada tahun 1918.

 

Akhbar bahasa melayu diterbitkan pada tahun 1876 di Singapura yang dikenali sebagai Jawi Peranakan. Utusan Melayu pula diterbitkan pada tahun 1907 di Singapura. Kemudian pada tahun 1920, Warta Malaya telah diterbitkan yang merupakan berita pertama dalam bahasa melayu. Akhbar ini ditulis oleh Dato Onn Jaafar. Utusan Malaysia diterbitkan pada 29 mei 1939 dan berita harian pada 1 julai 1957 sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

 

Perkembangan peralatan teknologi pada masa kini membolehkan maklumat boleh diterima dengan pantas dan mudah melalui internet. Ini kerana akhbar boleh diakses melalui internet. Antara akhbar yang menyediakan akses online seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Bernama, dan akhbar yang mempunyai laman web sendiri. Perkembangan teknologi maklumat membuktikan bahawa penyampaian maklumat itu tidak bergantung sepenuhnya kepada media cetak tetapi memerlukan media elektronik.

 

 

Majalah

 

Majalah juga termasuk dalam saluran untuk menyampaikan maklumat kepada masyarkat. Majalah dari segi penyampaian maklumat berbeza dengan akhbar kerana majalah menyampaikan maklumat yang tertentu dan lebih khusus. Majalah mempunyai sejarah penerbitan yang panjang. Namun penerangan ini lebih ringkas tetapi mempunyai isi yang padat dan mudah difahami.

 

Di England, majalah yang pertama wujud pada awal abad ke-18 iaitu majalah “Review”. Majalah yang pertama di Negara ini ialah gabungan antara akhbar dan majalah.  Diikuti dengan majalah “Tatler”, majalah ini memuatkan artikel-artikel mengenai sastera dan satria. Manakala di Amerika Syarikat, majalah pertama yag diterbitkan ialah majalah “American Magazine” yang ditulis oleh Andrew Bradford dan Benjamin Franklin yang menerbitkan majalah “general Magazine and Historial Chonicle” pada tahun 1741. Majalah di Amerika Syarikat ini disasarkan kepada golongan cerdik dan masyarakat yang celik huruf.

 

Pada abad ke- 9 majalah mengalami perubahan yang sangat pesat dan menjadi industri yang sangat besar.  Perkembangan  pesat  itu  disebabkan  oleh  peningkatan teknologi dalam percetakan, bertambahnya celik huruf akibat polisi pendidikan wajib di sekolah-sekolah dan juga pembaharuan-pembaharuan sosial yang berlaku di dalam masyarakat. Pada masa itu juga majalah-majalah diterbitkan dalam soal-soal kesusteraan, politik, agama dan sosial. Apabila berakhirnya, pernag saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1865, majalah telah mula memperkenalkan budaya popular dalam isu keluarannya. Pada waktu ini majalah banyak mengetengahkan isu-isu yang berkisar mengenai kehidupan seharian pembaca di samping bermulanya nilai konsumerisme dalam majalah. Salah satu jenis majalah yang ditebitkan ialah McCall’s dan Cosmopolintan yang mana majalah ini masih bertahan sehinggan kini.

 

Di Malaysia pula, majalah berbahasa melayu yang pertama diterbitkan pada abad ke-20 ialah Khizanah Al-Ulum diikuti oleh majalah Al-Imam diterbitkan dua tahun kemudiannya. Permajalahan di Malaysia mula aktif pada tahun 1990 kerana terdapat rangsangan peningkatan prestasi penerbitan yang lebih banyak berbanding dulu.

 

Pada ketika ini majalah di Malaysia mempunyai pelbagai jenis dan kandungan setiap majalah itu bebeza dengan majalah yang lain. Misalnya majalah sukan hanya menceritakan tetang sukan sahaja begitu juga dengan majalah yang lain. Jelas bahawa majalah pada zaman dahulu banyak mengabungkan kandungan dalam majalah dan penyampaian maklumat yang kurang khusus. Boleh dikatakan bahawa akhbar masa kini mempunyai kandungan yang lebih khusus.

 

 

 

Radio

 

Berdasarkan sejarah penyiaran radio di Malaysia, penyiaran radio ini telah bermula apabila seorang jurutera kerajaan Johor iaitu A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama di Negara ini. A.L. Birch seterusnya menubuhkan persatuan wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Kemudianya diikuti oleh penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan persatuan wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

 

Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter.Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.

 

Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.

1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.

 

Pada tahun 1963, radio yang pertama di Malaysia ialah Radio Malaya dan penyiaranya di kawal sepenuhnya oleh kerajaan. Kemudiannya wujud pula siaran radio seperti Muzik fm, Klasik fm, dan sebagainya. Semua saluran radio ini penting untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

 

Perkembangan pelbagai teknologi di Malaysia membolehkan siaran radio boleh didengari dalam telefon bimbit, secara online, melalui astro dan sebagainya. Hal ini memudahkan maklumat itu sampai kepada pendengar walaupun di mana-mana sahaja pendengar berada. Sehingga kini radio masih lagi penyampai maklumat yang pantas dan mudah berbanding dengan saluran media yang lain kerana siarannya boleh didapati di mana-mana sahaja.

 

 

 

Televisyen

 

Televisyen juga alat komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pengemar dan penoton televisyen. Pada mulanya kerajaan Malaysia hanya bergantung kepada radio untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakatnya. Setelah penubuhan Malaysia berjaya pada tahun 1963 barulah wujud televisyen di Malaysia. Di sinilah bermulanya penggunaan televisyen di Malaysia yang bukan sahaja penyampai maklumat malahan mempunyai hiburan, filem-filem yang menarik dan sebagainya.

 

Pada masa ini televisyen telah tersebar luas di seluruh Malaysia termasuk di kawasan pendalaman. Ini membuktikan bahawa bukan sahaja golongan berkemampuan memiliki televisyen malahan pihak lain juga mampu memilikinya. Pada waktu juga terdapat saluran televisyen secara online dan boleh diakses secara percuma.

 

Televisyen juga menyediakan pelbagai informasi seperti berita nasional (RTM1,2), dialog secara langsung, penayangan majlis sambutan perayaan, sukan, hiburan dan sebagainya yang boleh ditayangkan secara langsung. Televisyen ketika ini masih kukuh dalam penyampaian maklumatnya kerana meyediakan pelbagai kandungan informasi tersebut. Antara televisyen yang meyediakan siaran percuma di Malaysia ialah RTM1, RTM2, TV3, NTV7 dan lain-lain yang boleh diakses secara percuma.

 

bottom of page